Close

10 Benda Pelik Tentang Bulan yang Mungkin Korang Tak tahu

Bulan– saudara terdekat Bumi yang paling dekat untuk manusia lawati.

Tapi, walaupun bulan tu dekat dan rapat dengan kita, ianya masih menyimpan banyak rahsia yang menarik untuk kita bongkar.

Gempa bulan

gempa bulan

Walaupun hanya diliputi dengan batu-batan yang kurang dengan aktiviti geologi, Bulan masih terdedah dengan risiko gempa.

Gempa seakan-akan gempa bumi ini dipanggil sebagai gempa bulan dan ada empat jenis kesemuanya.

Tiga jenis gempa iaitu gempa dalaman, gegaran daripada kesan meteorite dan gempa haba adalah disebabkan oleh haba matahari dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun jenis yang keempat lebih dahsyat.

Gempa bulan ini boleh mencatat 5.5 skala Richter selama 10 minit – cukup untuk menggerakkan perabot-perabot besar.

Hal yang menakutkan tentang gempa bulan ni adalah kita tidak tahu punca ia terjadi.

Gempa bumi telah disebabkan oleh pergerakan plat tektonik, sedangkan Bulan tidak mempunyai plat tektonik yang aktif.

Sesetengah penyelidik fikir ini mungkin ada kaitan dengan aktiviti pasang surut Bumi yang disebabkan oleh graviti Bulan.

Tapi, teori ini tidak disimpulkan kerana pasang surut mempunyai kesan kepada keseluruhan Bulan manakala gempa hanya berlaku di beberapa kawasan Bulan.

Kembar Bumi

kembar bumi

Kebanyakan orang fikir Bulan adalah bulan,

Tapi ada yang kata Bulan patut diklasifikasikan sebagai planet.

Pertama, saiznya adalah terlalu besar sebagai “bulan”.

Bulan yang bersaiz satu per empat diameter Bumi, adalah bulan terbesar bagi planet dalam sistem solar (Pluto ada bulan bernama Charon yang bersaiz separuh daripanya tapi memandangkan Pluto bukan lagi sebuah planet, rekod ini tidak diambil kira).

Disebabkan saiznya yang besar, Bulan sebenarnya tidak mengelilingi Bumi.

Tapi, Bumi dan Bulan mengelilingi satu sama lain, dengan satu titik antara mereka.

Titik ini dipanggil barycenter, dan bayangan yang Bulan mengelilingi Bumi wujud kerana barycenter ini terletak di bahagian dalam kerak bumi.

Ini adalah sebab kenapa Bumi dan Bulan tidak dikelaskan sebagai planet kembar, tapi sebagai planet dan satelit.

Ini mungkin akan berubah pada masa hadapan.

Sampah bulan

sampah bulan

Semua orang tahu yang manusia dah sampai ke bulan, tapi tidak semua orang yang sedar manusia anggap bulan macam tempat berkelah.

Sejak dulu, para angkasawan yang melawat Bulan telah meninggalkan lebih kurang 181,437 kilogram sampah di Bulan.

Jangan risau, sebenarnya para angkasawan bukanlah sengaja membuang sampah seperti pembalut sandwich dan kulit pisang merata-rata.

Kebanyakan sampah adalah cebisan daripada pelbagai eksperimen dan kapal angkasa.

Sebahagian daripadanya masih berfungsi sehingga hari ini.

Tapi, ada juga sampah sebenar seperti bekas najis angkasawan.

Bulan sebagai tanah perkuburan

kubur dibulan

Eugene “Gene” Shoemaker adalah seorang ahli astronomi dan geologi.

Beliau telah mengkaji tentang kesan kosmik dan mewujudkan pelbagai kaedah dan teknik dan telah digunakan oleh angkasawan Apollo untuk mengkaji Bulan.

Beliau nak menjadi angkasawan tapi gagal kerana faktor kesihatan dan menjadi kekecewaan sepanjang hidupnya.

Tapi Shoemaker masih berharap untuk melawat Bulan suatu hari nanti.

Setelah meninggal dunia, NASA mengabulkan hasratnya dengan menghantar abu mayatnya ke Bulan menggunakan Lunar Prospector pada tahun 1998.

Batu magnet bulan

 

magnet bulan
Salah satu misteri yang berpanjangan adalah medan magnet yang tidak wujud di Bulan – misteri berlaku apabila batu bulan yang dibawa pulang oleh angkasawan pada tahun 1960 dan 1970 bersifat magnetik.

Adakah batu ini datang dari tempat lain? Macam mana batu ini bersifat magnetik sedangkan Bulan tidak? Apa yang berlaku?

Kajian sains sudah menemukan yang Bulan sebenarnya bersifat magnetik suatu masa dulu.

Para pengkaji masih mencari punca ianya hilang tapi ada dua teori tentang perkara ini.

Pertama, penyelidik berkata ianya disebabkan pergerakan semula jadi teras besi di Bulan, manakala teori kedua berkata hal ini mungkin berkaitan dengan kesan hentakan batu-batu angkasa yang besar terhadap bulan.

Debu Bulan

debu bulan

Salah satu bahaya di Bulan adalah debunya.

Debu bulan halus seperti tepung tapi sangat kasar.

Disebabkan teksturnya dan graviti Bulan yang rendah, debu-debu ini berterbangan di mana-mana.

NASA mengalami banyak masalah disebabkan debu bulan.

Ia telah merengsa kasut angkasawan hampir kesemuanya dan mencalarkan visor.

Debu ini juga masuk ke dalam kapal angkasa dan menyebabkan alergi kepada angkasawan yang terhidunya.

Debu ini juga mampu menyumbat sistem peredaran udara dan menyebabkan kegagalan kapal angkasa dalam jangka masa panjang.

Kepada yang tertanya-tanya tentang baunya- debu ini bau macam serbuk belerang.

Masalah graviti rendah

graviti bulan

Walaupun graviti Bulan hanya satu per enam daripada Bumi, bergerak di atas Bulan bukanlah senang.

Buzz Aldrin berkata Bulan adalah suatu persekitaran yang sangat sukar untuk didiami.

Kapal angkasa adalah merimaskan dan kaki mereka tenggelam di dalam debu bulan sehingga 15 cm.

Dengan graviti yang rendah, inertia manusia di Bulan adalah lebih tinggi, maka sangat susah untuk angkasawan bergerak dengan lebih laju atau nak tukar arah.

Kalau angkasawan nak bergerak lebih laju, mereka terpaksa melompat seperti kanggaru.

Asal usul Bulan

asal usul bulan

Dari mana datangnya Bulan?

Jawapannya, kami sendiri tidak tahu.

Tapi, sains boleh meng-agak beberapa tekaan yang bijak dan boleh digunapakai.

Ada lima teori utama tentang asal usul Bulan.

Fission Theory mengatakan Bulan adalah sebahagian daripada Bumi dan telah terpisah semasa pembentukan awal Bumi.

Maka dapat disimpulkan yang Bulan adalah sebahagian daripada lembah Lautan Pasifik, Capture Theory pula berkata Bulan beredar di angkasa sehinggalah graviti Bumi menarik Bulan.

Teori lain mengatakan Bulan mungkin terbentuk daripada beberapa ketulan asteroid ataupun cebisan perlanggaran Bumi dan planet lain yang bersaiz Marikh.

Ejected Ring Theory mungkin adalah teori terbaik bagi asal usul Bulan dan lebih dikenali sebagai Giant Impact Theory.

Melalui teori ini, sebuah planet yang sedang terbentuk bernama Theia telah berlanggar dengan Bumi.

Kepulan debu ini kemudiannya mampat dan akhirnya membentuk Bulan.

Bulan dan tidur

bulan dan tidur

Kesan Bulan ke atas Bumi dan sebaliknya memang tidak dapat disangkal.

Tapi, kesan ke atas manusia sebenarnya kekal sebagai perdebatan.

Ramai yang percaya bulan penuh menimbulkan tingkah laku yang pelik kepada manusia walaupun sains tidak dapat membuktikan perkara ini.

Ada satu perkara yang sains dapat pastikan, iaitu bulan mampu mengangggu kitaran tidur kita.

Menurut sukarelawan eksperimen oleh Universiti Basel di Switzerland, fasa bulan mempengaruhi dan mengganggu kitaran tidur manusia dan tidur yang paling terganggu adalah semasa bulan penuh.

Jika teori ini tepat, ini dapat menerangkan teori gila semasa bulan penuh:

jika tiada sesiapa pun yang dapat tidur lena semasa bulan penuh, tidak hairanlah kita dapat melihat banyak perkara aneh berbanding malam-malam biasa yang lain.

Bayang-bayang di Bulan

bayang-bayang bulan

Semasa Neil Armstrong dan Buzz Aldrin menjejakkan kaki pertama kalinya di Bulan, mereka lihat bayang-bayang di Bulan adalah jauh lebih hitam dan kelam berbanding di Bumi disebabkan kurangnya udara di sana.

Semua objek yang tidak disinari sepenuhnya oleh matahari adalah hitam kelam.

Kaki mereka langsung tidak kelihatan jika jejak ke atas bayang-bayang walaupun matahari terang bersinar di langit.

Walaupun kemudiannya mereka dapat membiasakan diri dengan bayang-bayang, perbezaan yang terlalu ketara antara kawasan gelap dan terang ternyata memberi cabaran.

Keadaan semakin aneh apabila bayang-bayang mereka sendiri mempunyai bulatan halo.

Kejadian ini berlaku apabila mereka berdiri di sudut-sudut tertentu daripada kedudukan matahari.

Bayang-bayang di bulan ini telah menyebabkan kesukaran kepada misi-misi Apollo.

Sesetengah angkasawan merasakan misi mereka susah kerana tangan mereka sendiri terlindung dalam bayang-bayang gelap.

Ada juga yang sangka mereka mendarat di kawasan cerun kerana kawasan gelap nampak seperti gaung.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *