Close

10 Fakta Pelik tentang Alexander Graham Bell

Fakta pelik tentang Alexander Graham Bell yang obses terhadap orang pekak

Korang, malahan seluruh dunia, mungkin kenal Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon.

Hakikatnya, hidup beliau banyak dihabiskan pada benda lain;

bekerja untuk orang yang mempunyai masalah pendengaran, pekak.

Berikutan obsesi-nya terhadap orang yang bermasalah pendengaran,

beliau sungguh berharap sumbangannya terhadap komuniti orang pekak akan menjadi legasi dan sentiasa diingati.

Beliau mempunyai sekolah untuk orang pekak sendiri, mencipta alatan untuk membantu mereka dan banyak menghasilkan polisi untuk mengubah hidup mereka.

Tapi malang sekali, beliau di benci oleh sebab usahanya tu.

Hari ini, majoriti komuniti pekak menganggap Alexander Graham Bell sebagai seorang yang tak berhati perut.

Beberapa artikel tersebar mengatakan beliau menentang hak asasi orang pekak, dan bencikan orang pekak.

Seorang tokoh yang telah mendedikasikan hidupnya untuk komuniti tersebut akhirnya menjadi seorang yang — dianggap — menindas mereka.

Kisah yang agak rumit dan penuh dengan konflik, yang sedikit sebanyak membantu dunia untuk lebih memahami orang pekak pada awal abad ke 20.

Alexander Graham Bell Mengusulkan Undang-Undang Untuk Mengharamkan Perkahwinan Orang Pekak.

eugenik

Ada sebabnya mengapa Alexander Graham Bell dibenci oleh komuniti orang pekak.

Beliau telah menulis satu kertas kajian yang bertajuk “Memoir upon the Formation of a Deaf Variety of the Human Race.”

Didalam laporannya,

Bell menyatakan kecenderungan orang pekak untuk berkahwin sesama mereka akan mengakibatkan kepada kelahiran bangsa pekak dan akan menjadi sebuah bencana besar.

Beliau berpendapat bahawa satu-satunya jalan untuk menghalang perkara ini ialah melalui kaedah eugenik a.k.a selective breeding, dengan menghalang orang pekak untuk berkahwin.

Beliau beranggapan bahawa masalah pendengaran ini perlu dihapuskan.

Berlainan dengan Adolf Hitler, Beliau tidak menggesa untuk menghapuskan masalah ini dengan menggunakan kaedah seperti Holocaust.

Namun, beliau mencadangkan untuk mengharamkan perkahwinan sesama orang pekak.

“A law forbidding congenitally deaf persons from intermarrying would go a long way toward checking the evil.”

Alexander Graham Bell tahu ianya agak sukar untuk dikuatkuasakan sepenuhnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan bahawa orang orang pekak perlu dipisahkan.

Mereka perlu diharamkan untuk pergi ke sekolah pekak ataupun belajar dengan guru yang pekak.

Baginya, bila orang pekak tak berjumpa, mereka takkan berkahwin.

Ibunya Mempunyai Masalah Pendengaran

ibu alexander graham bell

Kredit gambar: Library of Congress

Ironiknya,

walaupun Alexander Graham Bell menentang orang pekak untuk mempunyai anak, beliau sendiri merupakan anak kepada seorang yang bermasalah pendengaran.

Jadi mungkin beliau takkan lahir kalau ideanya tersebut dilaksanakan terlebih dahulu.

Tapi sebenarnya, ibunya jugalah yang meinspirasikan idea tentang perkara tersebut.

Tambahan pula, ibunya tidak dilahirkan pekak, jadi masalah tersebut tidak dapat diwarisi melalui genetik.

Jadi sekiranya kaedah eugenik terhadap orang pekak dikenakan, ia juga perlu dikuatkuasakan dengan definisi pekak yang lebih spesifik.

Ayah Alexander Graham Bell merupakan pencipta “Visible Speech”, abjad fonetik yang digunakan untuk mengajar orang pekak bercakap.

Bagi Alexander Graham Bell, ibunya merupakan role model bagi orang yang bermasalah pendengaran.

Ibunya mampu bercakap malah pandai bermain piano.

Persis Beethoven,

ibunya akan meletakkan telinga di atas piano untuk ‘mendengar’ getaran piano.

Alexander Graham Bell anggap orang pekak yang lain jugak perlu jadi macam tu;

adaptasi dunia orang yang boleh mendengar. Boleh bercakap dan membaca lidah.

Bangsa pekak yang dia mahu elakkan ialah golongan orang bercakap menggunakan bahasa isyarat dan hidup di dunia mereka sendiri, tak dapat bercampur dengan manusia yang tak faham bahasa isyarat.

 

Isterinya Juga Bermasalah Pendengaran

isteri alexander graham bell

Kredit Gambar: alexanderandmabelbelllegacyfoundation.com

Alexander Graham Bell selalu mengikut jejak langkah ayahnya.

Semasa membesar,

beliau berpegang kepda falsafah ayahnya mengenai ‘Visible Speech’ dan beliau juga kemudiannya mengambil alih sekolah orang-orang pekak.

Sama seperti ayahnya, beliau berkahwin dengan seorang yang bermasalah pendengaran.

Pada usia 27 tahun, Alexander Graham Bell telah jatuh hati pada pelajar berusia 16 tahun, Mabel Gardiner.

Mabel Gardiner juga tidak pekak dari lahir.

Dia kehilangan pendengaran ketika menghidapi demam scarlet (scarlet fever) di usia kecil.

Namun Mabel berjaya menguasai kemahiran membaca bibir dan mampu bercakap.

Alexander Graham Bell bukannya membenci orang pekak, tapi sebenarnya beliau terlaluu obses dengan mereka.

Beliau ingin mereka untuk mampu buat sama seperti apa yang orang mendengar boleh buat.

Beliau tidak mahu golongan tersebut hanya hidup di dalam komuniti mereka sahaja.

Mabel yang risau akan percakapannya tidak jelas, di tenangkan oleh Alexander dengan ungkapan: 

“The value of speech is in its intelligibility, not its perfection.”

Beliau Mengajar Anjing Bercakap

anjing alexander graham bell

Kredit Gambar: thedodo.com

Jadi, sehebat manakah kemampuan Alexander Graham Bell sebagai seorang guru?

Semasa usianya 20 tahun, beliau pernah menyelamatkan anjing jalanan yang dinamakan Trouve.

Beliau juga cuba menggunakan teknik ayahnya, “Visible Speech”, untuk mengajar Trouve ‘bercakap’.

Alexander Graham Bell akan membentuk mulut anjing tu untuk mengeluarkan bunyi “ma” dan mengajar Trouve untuk cakap “mama” setiap kali Trouve nak mintak makanan.

Bukan tu je,

Alexander jugak ajar anjing tu untuk sebut bunyi yang lebih susah seperti “ah,” “ow,” “oo,” dan “ga.”

Sehinggakan anjing tu pandai menyebut “ ah ow oo ga ma ma” yang berbunyi macam “How are you, Grandmama?” 

Tapi Alexander perlu tolong Trouve untuk gerakkan mulutnya untuk hasilkan bunyi tu.

Namun, beliau agak kecewa kerana tak berjaya mengajar Trouve untuk bercakap macam manusia biasa.

Well, benda tu memang agak mustahil pun.

Yang pastinya, teknik beliau terbukti dapat bantu mengajar orang pekak untuk bercakap.

Orang Yang Menyebabkan Hellen Keller Belajar Bercakap

Hellen Keller

Kredit Gambar: Los Angeles Times

Tak banyak kredit diberikan pada Alexander, tapi beliaulah yang bertanggungjawab atas kejayaan Helen Keller untuk belajar bercakap.

Semasa budak lagi, Ibu bapa Helen telah bawak dia berjumpa dengan alexander.

Alexander memang tersohor sebagai salah seorang guru orang pekak yang terbaik di dunia pada waktu tu.

Masa pertama kali diorang jumpa,

Alexander sengaja ubahsuai jam poketnya untuk mengeluarkan bunyi, supaya Helen dapat rasa getaran jam tersebut.

Ini antara benda yang diingati oleh Helen.

“The door through which I should pass from darkness into light.”

Ungkapan Helen untuk Alexander.

Alexander memperkenalkan ibu bapa kepada Perkins Institute, dimana mereka menghantar seorang guru ke rumah Helen; iaitu Anne Sullivan.

Anne sullivan telah berjaya mangajar Helen untuk ucap ayat “water”, yang kemudiannya menyebabkan Anne dikenali sebagai “the miracle worker”.

Anne laporkan kejayaan tu kepada Alexander.

Lepas tu, Alexander menyebarkan berita tersebut dan menjadikan Helen sebagai selebriti yang terkenal.

Helen telah mendedikasikan sebuah autobigrafi untuk Alexander untuk membalas budi beliau.

 

Merupakan Presiden Kongres Eugenik Antarabangsa (The International Eugenics Congress)

Kongres eugenik antarabangsa

Kredit Gambar: biography.com

Walaupun dah berkahwin dengan wanita yang bermasalah pendengaran dan dah jumpa Helen Keller, Alexander masih tetap dengan ideologi eugenik-nya.

Beliau masih yakin yang orang pekak tak patut kahwin sesama sendiri.

Mana tak-nya, eugenik bukan sesuatu yang asing dalam hidup beliau.

Beliau sangat aktif sampai pernah jadi head of the Eugenics Section of the American Breeders Association.

Bukan tu je, beliau juga dilantik penjadi presiden kehormat untuk Kongres Kedua Eugenik Antarabangsa (Second International Eugenics Congress.)

Masa ni, banyak eugenisis yang mengusulkan untuk memandulkan orang pekak.

Leonard Darwin, penceramah utama kongres tersebut mengusulkan ideologi yang lebih ekstrem iaitu “the elimination of the unfit” dan gunakan X-rays untuk mandulkan orang yang terencat akal dan slow learner.

Hingga kini, banyak pihak yang mengaitkan Alexander tentang ideologi tersebut disebabkan jawatannya masa tu.

Hakikatnya, Alexander hanya menyokong ideologi selective breeding dan tak mendesak sampai nak mandulkan.

Tapi sebagai penyokong kuat ideologi eugenik, Alexander juga tak terlepas dari mengusulkan ideologi yang agak ekstrem.

Beliau ingin menghalang pendatang asing yang dianggap “undesirable ethnical elements” (elemen etnik yang tak diingini) untuk masuk ke US dengan tujuan melahirkan generasi Amerika yang lebih mulia dan tinggi darjatnya, the evolution of “higher and nobler” men in America.

Namun anak muridnya, Helen Keller, bertindak selangkah jauh daripada Alexander.

Walaupun dirinya sendiri kekurangan upaya, dia turut menyokong ideologi eugenik dan mengusulkan kuat-kuasa-an euthanasia, pembunuhan untuk elakkan penyiksaan, terhadap kanak-kanak yang berlainan upaya (O.K.U).

Helen berpendapat Eugenik adalah baik kerana dapat menghalang rasa tersiksa di kemudian hari.

Helen menyatakan eugenik sebagai “weeding of the human garden that shows a sincere love of true life.”

Mencipta Telefon Untuk Tunangnya Yang Bermasalah Pendengaran

telefon pertama

Kredit Gambar: Library of Congress

Kalau tak ada orang pekak dalam hidup Alexandar, telefon mungkin takkan wujud hingga sekarang.

Minat Alexander untuk mengkaji tentang akustik (study of physical properties of sounds) adalah sebab ibu beliau.

Ibu-nya akan suruh Alexander bercakap berdekatan dahinya supaya dia dapat mendengar getaran suara Alexander.

Itulah permulaan kepada penemuan terbesar Alexander Graham Bell.

Pada usia 20-an, Alexander mula ber-eksperimentasi dengan phonautograph, alat perakam suara awal.

Niat utamanya ialah nak tolong orang yang bermasalah pendengaran.

Beliau guna phonautograf tersebut untuk mengilutrasi penyebab kepada masalah pendengaran.

Dalam masa yang sama, Alexander juga perasan yang beliau boleh gunakan idea ni untuk “menghantar” bunyi.

Tapi, Alexander masih tetap nak fokus dengan tujuan asalnya.

Mabel, pada masa tu masih tunangnya, mendesak Alexander untuk beralih fokus pada telefon.

Ayah Mabel telah banyak melabur dalam eksperimen Alexander. Setiap kali Alexander nak tukar fokus pada asal, Mabel akan desak untuk lupakan Visible Speech.

Mable jugak siap tulis surat ugutan untuk batalkan perkahwinan dengan berkata Alexander

“should not have me unless he gave [Visible Speech] up.”

Hampir Gagal Cipta Telefon Hanya Untuk Mengajar Murid Bermasalah Pendengaran

no telephone

 

Alexander Graham Bell menjadi terkenal selepas beliau mendedahkan telefon ciptaannya semasa Centennial Exposition, Philadelphia.

Itulah saat pertama seluruh dunia melihat alat ciptaannya, turut membolehkannya memenangi pingat emas dan menjadi selebriti dunia.

Hakikatnya, beliau nyaris tak nak pergi event tu.

Pada hari yang sama, beliau ada kelas bersama kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Alexander menganggap kelas tersebut lagi penting berbanding menayangkan telefon.

Mabel jugalah yang paksa Alexander untuk pergi;

“If you won’t do a little thing like this now, I won’t marry you.”

 

Atas desakan mabel, beliau pergi.

Alexander siap tulis surat kepada Mable sebagai tanda merungut;

“Oh! My poor classes!. I shall be far happier and more honored if I can send out a band of competent teachers of the deaf and dumb who will accomplish a good work, than I should be to receive all the telegraphic honors in the world.”

Hakikatnya, Alexander tak berhenti pada usaha awalnya, nak tolong orang pekak.

Selain telefon, beliau jugak turut bawa pavillion on Visible Speech”.

Ciptaan tu menyebabkan beliau menang dua pingat emas.[8]

Melarang Bahasa Isyarat di Seluruh Dunia

Alexander Graham Bell sangat tak suka pada bahasa isyarat.

Beliau anggap bahasa isyarat tak seperti bahasa lain dunia, seperti English & german.

Menyebabkan orang pekak terasing dari masyarakat segajat.

Pada 1880, berkat kejayaan memenangi pingat emas, Alexander telah pergi ke International Congress of Educators of the Deaf untuk menghentikan penggunaan bahasa isyarat.

Pada masa tu, Alexander mempunyai pengaruh besar dalam kongress tu.

Dia menggunakan kuasanya untuk menghalang orang pekak ikut serta dalam undian.

Tanpa bantahan orang pekak, cadangan Alexander diterima.

Sejak itu, bahasa isyarat telah dilarang di setiap sekolah seluruh dunia.

Bagi Alexander, ni merupakan pencapaian yang lebih tinggi berbanding penciaptaan telefon.

Namun, bagi kebanyakan orang pekak, ia adalah zaman gelap mereka.

Kadar buta huruf di kalangan orang pekak naik mendadak.

Polisi tersebut bertempoh selama 100 tahun, menjadi sebab utama kenapa komuniti orang pekak tak suka Alexander Graham Bell.

Kata-kata akhir Alexander mengunakan Bahasa Isyarat

Walaupun Alexander menentang, tapi beliau tetap belajar menggunakannya.

Malah kata-kata terakhirnya di suarakan menggunakan bahasa isyarat.

Ia ditujukan untuk isterinya.

Alexander sememangnya sangat menyayangi isterinya.

Bibit terakhir mereka ialah semasa beliau sedang nazak.

Isterinya tidak sanggup untuk kehilangan beliau, dan berkata “Don’t leave me.”

Alexander tak mampu untuk mengeluarkan suara, membalas menggunakan isyarat “no”, tapi beliau tak mampu untuk teruskan ayatnya lagi.

Ironiknya, ayat terakhir beliau diungkap menggunakan bahasa yang beliau nak musnahkan.

Konklusi

Tak kira sama ada korang memandang Alexander Graham Bell dari sisi gelap atau sisi terangnya, tak dapat disangkal, bahawa beliau merupakan seorang individu yang sangat hebat dan mashur.

Berpendirian teguh untuk mecapai matlamatnya. Sumbangannya terhadap dunia moden juga tak dapat di kaburi oleh beberapa ideologinya yang tak berjaya. Alexander Graham Bell, the inventor of telephone, the father of the deaf.

Sumbangannya terhadap dunia moden juga tak dapat di kaburi oleh beberapa ideologinya yang tak berjaya.Alexander Graham Bell, the inventor of telephone, the father of the deaf.

Alexander Graham Bell, the inventor of the telephone, the father of the deaf.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *