Close

5 Fenomena Semulajadi Yang Lebih Rare dari Gerhana penuh

fasa gerhana penuh

Total eclipse a.k.a gerhana penuh merupakan salah satu fenomena yang agak rare dan tak selalu dapat di lihat.

Kali terakhir gerhana penuh terjadi ialah pada 1918 dan dijangka berlaku lagi pada tahun 2024 atau 2025.

Melainkan korang berada di Amerika Selatan pada tahun 2019 atau 2020.

Setiap kali berlaku gerhana penuh, ramai yang akan excited dan berpusu-pusu untuk tengok fenomena tu.

tengok gerhana

Tapi betul ke gerhana penuh ni satu fenomena yang rare?

Dari sudut lain,

kalau purata jangka hayat kita ialah 79 tahun, seorang manusia sekurang-kurangnya berpeluang untuk tengok gerhana penuh sekali, atau lebih, untuk seumur hidup.

Tak campur lagi dengan gerhana separa penuh, agak cool jugak, yang lagi kerap berlaku.

Even ramai yang excited dan anggap gerhana penuh ni sebagai satu fenomena yang super rare, korang tak perlu sedih kalau korang terlepas nak tengok.

Walaupun ia-nya mungkin satu fenomena sekali seumur hidup, tapi ia-nya bukan berlaku sekali je.

Sebab gerhana penuh boleh je terjadi kat negara lain even tak terjadi dekat Malaysia.

gerhana ikut negara

So kalau betul-betul kempunan nak tengok, book je lah tiket kapal terbang.

Point paling penting, gerhana penuh ni merupakan fenomena yang dapat diramal.

Jadi korang boleh siap sedia bila jangkaan gerhana penuh berlaku keluar dekat berita.

tengok gerhana 2

Okay, sekarang kita berbalik pada tajuk artikel.

5 fenomena semulajadi yang lebih rare dari gerhana penuh!

Dan mungkin ada antara-nya korang tak pernah dengar dan tahu pun.

Sailing Stones a.k.a Batu Berjalan

batu belah batu bertangkup

Kalau kat Malaysia, mungkin kita familiar dengan batu belah batu bertangkup kan.

Tapi pernah tak korang tengok batu yang berjalan?

Sanggup tak korang duduk termangu tepi jalan sambil tenung batu, semata-mata nak saksikan fenomena ni?

Rasanya mungkin lebih teruk dari tunggu perempuan ber-shopping atau durian berbuah.

Tapi fenomena batu berjalan ni agak femes di Ractrack Playa, Death Valley.

batu berjalan 2

Yep, batu berjalan.

Bukan sekadar sebiji batu, atau ketam batu.

Tapi beratus-ratus biji batu yang ada diantaranya seberat 700 pounds.

 

batu berjalan 3

Sebelum korang berimaginasi yang batu tu berlari, sama sekali tak.

Mungkin siput lebih laju kalau nak bandingkan.

Pertama kali pergerakan ni dapat di lihat ialah pada tahun 2013.

Sebelum tu, orang cuma tertanya-tanya macam mana batu tu boleh bergerak sehingga berpuluh-puluh meter, siap ada kesan seretan lagi.

Pada tahun 2013, penyelidik telah membuat kajian dan pemerhatian di kawasan tu.

Diorang berjaya tengok fenomena ni dan mendapati yang ia terjadi sebab ada pembentukan ais diantara tanah dan batu-batu tersebut pada waktu malam.

Jadi bila ais tu cair, batu-batu tu akan bergerak sikit demi sedikit.

cara batu berjalan

Tapi disebabkan batu-batu ni hanya bergerak beberapa inci je pada setiap saat, memang agak sukar untuk kita nampak pergerakannya.

So, walaupun korang datang pada waktu yang tepat, memang agak sukar korang nak nampak pergerakan batu tu.

Alih-alih je dah dekat tempat lain.

Melainkan kalau korang sanggup duduk termangu untuk tenung batu tu macam yang saintis-saintis yang mengkaji fenomena ni buat.

Underwater Crop Circles

Korang pernah tak tengok cerita sains fiksyen Hollywood berkaitan alien?

Ada satu part tu bila alien datang, diorang akan buat bentuk kat ladang jagung a.k.a crop circles.

Tapi fenomena ni jugak pernah terjadi dekat dasar laut.

Cuma-nya bukan dibuat oleh alien.

Bentuk spirograph yang agak amazing ni merupakan proses mengawan salah satu spesis ikan buntal.

Jadi ianya memang kerap terjadi setiap kali musim mengawan.

Para scuba divers selalu je terjumpa bulatan spirograph ni kat dasar laut.

Cuma yang menariknya, ianya hanya terjadi di sekitar kawasan kepulauan Amami-Oshima, Jepun.

Memandangkan kita kena belajar dan dapatkan sijil scuba diving, kemudian pergi ke Jepun semata-mata nak tengok hasil karya romantis ikan buntal ni sebelum ianya musnah, plus ia diperbuat dari pasir, kita boleh anggap fenomena ni agak rare untuk dilihat dengan mata sendiri berbanding dengan fenomena gerhana penuh.

Ataupun, korang boleh amek PhD, study tentang tabiat mengawan ikan buntal jepun, kami sangat galakkan.

 

Bebola Kilat

Mungkin korang selalu dengar tentang tuju-tuju a.k.a sihir bebola api.

Tapi pernah tak dengar fenomena bebola kilat?

Kalau terbakar tu, mungkin masih sempat nak diselamatkan.

Tapi bayangkan kalau kena panah petir, jarang ada yang selamat.

Sehingga tahun 1960, kebanyakan saintis masih skeptikal dengan fenomena bebola kilat ni, walaupun dah banyak saksi yang pernah nampak di serata dunia.

saksi bebola kilat

Fenomena bebola kilat boleh terhasil dalam beberapa warna.

Ia-nya sangat terang seperti lampu mentol 100-watt.

Biasanya fenomena ni terjadi pada waktu ribut kilat.

bebola kilat

Tapi ia jugak boleh terjadi pada situasi lain.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa bebola kilat ni pernah terhasil di dalam kapal terbang secara tiba-tiba, dipercayai kerana ada kehadiran gas.

Punca fenomena ini masih belum dapat ditentukan, walaupun terdapat beberapa teori diusulkan.

Bebola kilat ni boleh terjadi selama beberapa saat, dimana agak lama untuk kilat terhasil.

bebola kilat 1

Memandangkan fenomena ini masih kurang difahami, memang tak banyak penyelidikan dan pemerhatian dibuat.

Hanya yang sangat-sangat bertuah, ataupun malang untuk sesetengah kes, untuk dapat tengok fenomena ni depan mata tanpa habiskan hayat korang untuk menyelidik dan memerhatikan ribut kilat, atau hasilkan bebola kilat sendiri di dalam makmal.

Kilat Gunung Berapi

kilat gunung berapi 4

Kilat ni merupakan sejenis kilat yang unik, bukan kilat biasa yang korang nampak tu.

 

Ia-nya hanya terjadi di kawasan gunung berapi yang aktif.

Kilat biasanya terhasil apabila caj elektrik terbentuk diantara partikel air dan ais di dalam awan.

Manakala Kilat Gunung Berapi ni pulak terjadi didalam kepulan asap gunung berapi.

Partikel debu asap bergesel sesama sendiri akan menghasilkan daya geseran, dan bila ia-nya keluar ke kawasan terbuka, maka arus elektrik pun mengalir.

Laporan daripada Oregon State University menyatakan bahawa sekitar 200 gunung berapi yang meletus sejak 200 ratus tahun dipercayai menghasilkan kilat gunung berapi ni.

Secara puratanya, boleh dikatakan yang fenomena ni berlaku setiap 18 bulan. Lebih kerap jika nak dibanding kan dengan fenomena gerhana penuh.

 

Tapi memandangkan kilat gunung berapi susah untuk dijangka, dan hanya berlaku dekat dalam kepulan asap tebal letusan gunung berapi, memang agak susah untuk manusia biasa untuk dapat tengok fenomena ni.

Melainkan korang menjadi seorang vulcanologist, In shaa Allah ada peluang.

 

Air Terjun Berdarah

Ni merupakan fenomena kegemaran team carabijak.com. Fenomena ni rare bukan sebab dia jarang berlaku.

Fenomena yang dipanggil “Blood Falls” di Taylor Glacier, Antartica nampak agak menyeramkan kerana warnanya merah seakan-akan ianya berdarah.

taylor glacier

Tapi yang menyebabkan warna-nya menjadi merah seperti darah adalah kerana kandungan iron dan juga hidupan mikrob.

Walaupun Blood Falls ni kerap berlaku, tapi ianya agak susah untuk dilawat.

air terjun berdarah

Mungkin korang rasa korang boleh tahan suhu sejuk dekat antartika, dan even korang ada ribuan ringgit nak pergi sana, tapi sayang sekali, tak ada tour yang boleh bawak korang pergi sana.

Ada satu je option setakat ni kalau korang betul-betul berminat nak tengok.

Korang boleh jadi microbiologist yang specialize mengkaji extreme microbes. Sangat-sangat digalakkan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *