Close

Cara dan Trick Nak Laju-kan Samsung Galaxy S8

Cara dan Trick Nak Laju-kan Samsung Galaxy S8 Korang!

Samsung Galaxy 8 merupakan antara smartphone paling laju yang ada kat pasaran sekarang.

Tapi adat-lah, makin lama guna makin kurang lah perfomance-nya.

Sedangkan kereta kebal pun boleh berkarat.

Tapi sebenarnya ada beberapa trick yang korang boleh guna untuk kekalkan ‘kelajuan’ Samsung Galaxy 8.

Tukar performance mode

Samsung Galaxy 8 sebenarnya sebuah smartphone yang agak dasyat.

Boleh dikatakan over-powered jugak.

Tak semua orang perlu-kan full potential processor-nya.

Sebab tu Samsung buat beberapa perfomance modes yang boleh ditukar ikut keperluan user.

Ada orang yang nak bateri tahan lama, ada yang nak guna untuk fungsi media..

Dan of course, ada yang pentingkan kelajuan.

Kalau korang antara golongan yang perlu-kan kelajuan, korang boleh cuba ni:

Setting > Device maintenance > Perfomance Mode > Game.

Korang tak perlu hirau-kan option High perfomance.

Sebab option tu hanya improve prestasi display je, bukan kelajuan processor korang.

Which is hanya tinggikan resolution, brightness dan lain-lain yang berkaitan dengan screen & display, tapi bukan buat smartphone korang lagi laju. Tapi Mode “Game” boleh.

Tapi kena ingat,

Makin laju smartphone korang “lari”, makin cepat-lah dia penat.

Bukan tu je, ia pun ada risiko untuk over-heating.

Kurangkan Resolution

Secara default,

Resolusi skrin Samsung Galaxy S8 ialah 4,262,400 pixels (2960 x 1440).

Resolution yang tinggi boleh lambatkan processor dan GPU smartphone korang.

Jadi dengan kurangkan resolution skrin, smartphone korang boleh berfungsi dengan lebih smooth.

Mudahnya Samsung Galaxy S8 ni, dia ada fungsi yang membolehkan korang tukar resolution skrin korang kepada 720p.

Caranya senang je. 

Korang pergi ke 

Settings > Display > Screen Resolution

dan drag tu ke kiri.

Untuk Samsung Galaxy S8, korang ada beberapa option resolution skrin.

Antaranya WQHD+ (2960 x 1440), FHD+ (2220 x 1080) dan HD+ (1480 x 720).

Bila resolution rendah, lagi kurang bebanan kerja pada CPU dan GPU smartphone.

Jadi smartphone korang dapat berfungsi dengan lebih smooth dan laju.

Resolution HD+ (1480 x 720) pun sebenarnya dah high definition, dah cukup lawa.

Uninstall apps yang tak perlu

Tak bagus penuhkan memory smartphone korang dengan apps yang tak penting dan jarang digunakan.

Apps yang tak penting ni akan melambatkan perfomance smartphone korang.

Bukan tu je,

banyak apps yang selalu run in the background.

Dalam erti kata lain, even korang tak bukak pun apps tu, dia still ‘terbukak’.

Apps yang macam ni pun salah satu punca kenapa smartphone makin slow dan bateri cepat habis.

Buang je semua apps yang korang tak guna.

Dan kebanyakan smartphone ada pre-installed apps.

Which is memang dah ada sejak azali korang beli smartphone tu lagi.

Dan mostly korang tak perlu kan pun.

Pergi je ke

Settings > Application Manager lepas tu select all.

Plilih apps mana yang korang nak uninstall.

Tapi ada sesetengah apps yang tak dapat di uninstall.

Kalau korang rasa apps tu tak perlu, korang just disable-kan je apps tu, supaya apps ni tak run in the background.

Jadi dapat jimatkan bateri dan dalam masa sama, elakkan smartphone korang jadi slow.

Selalu Clear the cache

Selalu tak jumpa cache ni?

Sebenarnya fungsi cache adalah untuk melajukan smartphone.

Tak kira device apa yang korang pakai, smartphone atau komputer, ia akan simpan data dan informasi apps dan website yang selalu korang guna.

Jadi setiap kali korang bukak apps dan website tu, information dah ada dalam device korang dan ia tak perlu “download” semula information tu, So korang boleh  jimat masa dan data intertnet.

Data-data yang dah disimpan tu lah dipanggil cache.

Jadi bukan ke bagus kalau macam tu, Kenapa nak buang?

Masalahnya timbul bila data cache bertimbun-timbun, corrupted dan crash.

Bila data dah terlalu banyak disimpan, ada kemungkinan untuk apps tu crash.

Jadi sekurang-kurangnya kena clear-kan data tu sebulan sekali.

Kalau korang guna Samsung Galaxy S8, dah tak perlu pening-pening pikir nak pakai apps apa untuk clearkan cahce tu. Sebab Galaxy S8 dah ada built-in feature untuk clearkan cache.

Senang je. Pergi ke

Settings > Device Maintenance > Optimize now.

Step ni akan clear-kan memori cache dan beberapa benda lain yang melambatkan smartphone korang.

Biasanya smartphone korang akan jadi slow sikit lepas clear-kan cache ni.

Normal sebenarnya,

sebab smartphone korang akan download semula sesetengah data penting yang dah dipadam.

Dalam beberapa jam atau sehari dua, baru perfomance smartphone korang akan lancar.

Aktif-kan Download Booster

Sebelum cerita tentang macam mana nak aktif-kan Download Booster ni,

kami nak ingatkan yang features ni telan banyak data internet korang, even korang gunakan wi-fi.

Sebabnya, features ni akan gunakan Wi-fi dan data internet secara berterusan untuk melaju-kan proses men-download.

Jadi kalau data korang tak unlimited, fikir dulu sebelum guna ye.

Tapi features ni sangat bagus dan berguna sekiranya korang nak download something dengan cepat.

Jadi kalau korang rasa nak cepat, aktif-kan je Download Booster ni.

Senang je nak aktif-kan, pergi ke

Settings > Connections > More Connection Settings > Download Booster.

Nanti akan keluar warning sebagai peringatan.

Tekan je on.

Korang akan dapat download dengan lebih laju lagi-lagi kalau data korang 4G + Line Wi-fi pun okay.

Buang widgets!

Widget ye, bukan WeChat.

Kadang-kadang widget ni convenient, tapi boleh jadi menyusahkan jugak.

Bila widget crash, bukan saja nampak tak cantik, tapi paling tak best, smartphone korang pun jammed skali.

Selain tu, animation dan update untuk widget guna banyak ruang processor.

Jadi lagi bagus kalau home screen smartphone korang clean & simple je.

Developer options

Okay, untuk beberapa tips seterusnya korang ke on-kan Developer options.

Bila korang on-kan developer options akan ada beberapa setting yang di hide boleh dilihat.

Settings ni di hide bukan sebab apa, cuma pengguna biasa tak perlu guna sangat, jadi diorang hide-kan.

Tapi kalau korang jenis yang gatal tangan, dan bukan jenis pengguna biasa, boleh je on.

Macam mana nak on-kan developer options?

  1. Bukak Settings app.
  2. Tekan “About phone”.
  3. Tekan “Software info”.
  4. Cari “Build number” dan tekan nombor tu 7 kali.

Okay sekarang korang dah berada dalam “Developer options”.

Bahagian-bahagian ni akan muncul dekat “Settings

Limit background processes

Even korang dah lock smartphone korang, tak bermakna yang apps-apps korang bukak tadi dah berhenti processing.

Dan bila banyak sangat apps yang “berjalan”, ia akan slow-kan processer korang.

Tapi sebenarnya korang boleh limit-kan untuk meng-optimum-kan kelajuan smartphone korang.

Pergi ke Developers options > Background process limit

Pilih dan limit-kan berapa banyak “background process” yang korang rasa perlu.

Lepas tu restart dan dah boleh rasa smartphone korang makin laju.

Tapi bila korang limit-kan terlalu rendah, ada kemungkinan yang apps korang selalu bukak tak akan update secara automatik in the background.

Reduce animation scales

Memang best kalau ada animations, semua nampak gempak.

Tapi animations ni banyak makan ruang processor.

Dalam masa sama, melambatkan smartphone korang.

So, kalau korang nak device korang lebih laju, off-kan je animations.

Pergi ke “Developer options” cari animation settings.

Set kan kepada 0.5x untuk performance yang optimum.

Don’t keep activities

Berbanding dengan Operating System (OS) lain, Android ada kemampuan untuk multi-tasking, dan agak power.

Tapi tu jugak salah satu punca kenapa smartphone Android jadi slow.

Tapi kalau korang guna Galaxy S8 ni, rasanya agak mustahil untuk berlakunya ketidakcukupan RAM.

Dan bila korang on kan settings ni, setiap apps yang korang guna akan restart setiap kali korang switch antara apps.

Jadi settings ni memang tak sesuai untuk multitaskers.

Kalau nak aktifkan, pergi ke Settings > Developer options, cari “Don’t Keep activitites”.

Restart smartphone korang.

Dah Buat Semua, Tapi still slow?

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan smartphone korang slow.

Jika korang dah cuba optimize-kan semua setting tapi masih slow jugak, jalan yang terbaik ialah reset je smartphone korang, factory data reset.

Proses ni akan kosong-kan smartphone korang sama seperti korang mula-mula beli dulu.

Jadi sebelum buat, kena ingat yang proses ni akan delete semua data, korang kena backup file-file yang penting terlebih dahulu.

Kalau dah nekad sangat nak buat, pergi je ke Settings > General management > Reset > Factory data reset.

Bila korang tekan “Reset”, akan keluar popup untuk masukkan no PIN.

Lepas tu baru smartphone korang akan direset.

Okay tu je.

Sila komen kalau korang ada tips-tips nak buatkan smartphone jadi lebih laju.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *