Close

Hati-Hati Dengan Haiwan Ni! Nampak Baik, Tapi Merbahaya!

10 Haiwan Yang Nampak Macam Baik Tapi Sebenarnya Merbahaya

Haiwan-haiwan yang mendiami bumi adalah menakjubkan dan layak untuk dihormati.

Tetapi jangan mudah tertipu ye.

Contohnya, gajah mempunyai saiz yang sangat besar dan kelihatan berbahaya.

Tetapi pada hakikatnya, mereka adalah haiwan yang sopan.

Mereka mempunyai naluri yang kuat untuk melindungi keluarga  dan tidak akan menyakiti hidupan lain walaupun seekor lalat kecuali dalam keadaan yang memaksa.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah haiwan yang sukar untuk dinilai dan mengelirukan.

Adakah mereka comel dan mesra, atau satu sentuhan akan membunuh anda?

Berikut adalah 10 haiwan yang kelihatan tidak berbahaya tetapi adalah sebaliknya.

Kayan Loris

Kayan Loris

Kayan loris adalah haiwan yang aktif pada waktu malam dan merupakan saudara rapat lemur.  

Haiwan ini boleh dikategorikan sebagai makhluk yang sangat comel selain kucing kerana mempunyai mata yang besar macam bayi dan bulu halus yang lembut dan best untuk diusap-usap.

Tapi awas, satu sentuhan awal mungkin menjadi yang terakhir untuk anda.

Sebenarnya kajian terperinci terhadap Kayan loris adalah sangat kurang memandangkan mereka adalah haiwan yang aktif pada waktu malam.

Kayan loris adalah satu-satunya primate beracun melalui gigitan.

Racun ini akan menyebabkan anaphylactic shock iaitu serangan alergi dan boleh membunuh jika tidak dirawat.

Habitat Kayan loris adalah di kawasan dataran tinggi timur tengah Borneo dan dinamakan sempena Kayan, sungai utama di sana.

Haiwan ini juga merupakan spesies terancam.

Penemuan spesies baru ini menunjukkan lebih banyak lagi khazanah yang mendiami hutan Borneo dan pulau-pulau sekitarnya.

Honey Badger

Honey Badger

Honey badger mungkin boleh dikaitkan dengan skunk yang comel.

Tetapi jangan tertipu.

Karnivor kecil dan liar ini tinggal di padang pasir Afrika Selatan dan Botswana malah mempunyai reputasi sebagai haiwan paling berani di dunia.

Honey badger mempunyai saiz seperti anjing kecil tetapi dietnya sangat dahsyat seperti buaya, rusa dan ular berbisa seperti cobra dan black mambas.

Haiwan ini juga mengorek tanah untuk memburu selain memanjat pokok untuk menyerang sarang burung.

Banyak haiwan yang tidak berani menyerang honey badger kecuali singa, rubah dan harimau bintang.

Itupun hanya honey badger yang sudah tua dan lemah.

 

Koala

koala

Siapa yang tak kenal koala?

Haiwan comel yang menghabiskan berjam-jam waktunya untuk tidur di atas pokok.

Koala adalah marsupial, di mana anak yang dilahirkan tinggal dan membesar di dalam poket seperti kanggaroo.

Koala hanya terdapat di Australia dan mendiami kawasan hutan eucalyptus.

Makanan utama koala adalah daun-daun eucalyptus yang tidak memberikan tenaga yang banyak.

Sebab itulah kerja koala hanya makan dan tidur (selain mengawan).

Nampak macam tak berbahaya kan?

Tetapi, koala dewasa boleh mencapai berat dari 9-14 kilogram selain mempunyai kuku yang panjang dan tajam selain gigi tajam dan rahang yang sangat kuat.

Pada bulan Disember 2014, seorang wanita di Australia bernama Mary Anne Forster, telah mendapat 12 jahitan akibat di gigit Koala.

Mary pada ketika itu cuba menyelamatkan anjingnya yang berdepan dengan Koala yang aggressif tersebut.

Malang sekali, koala tersebut telah menerkam dan menggigit kaki Mary.

Sehinggakan Mary terpaksa menggunakan tangannya sendiri untuk membuka mulut koala tersebut bagi melepaskan dirinya.

 

Red Panda

red panda

Red Panda memang nampak gebu dan comel.

Tetapi percayalah anda tidak akan mahu memeluk haiwan ini.

Red panda adalah haiwan yang liar dan kejam.

Red panda bergerak secara solo kecuali dalam keadaan tertentu.

Fakta pendek mengenai Red panda;

Pertama,

Red panda yang masih kecil membesar dengan perlahan dan tinggal bersama ibunya selama setahun.

Kedua,

Red panda hanya mengawan dengan masa yang pendek walaupun pada musimnya.

Ketiga,

jika Red panda memburu dalam kumpulan, mereka mampu mengalahkan dan makan haiwan yang jauh lebih besar.

Saiz purata bagi Red panda adalah 64 cm panjang.

Mereka mempunyai gigi yang tajam seperti pisau dan kuku yang mampu merodok daging seperti mentega.

Habitat Red panda hanya di hutan temperate di kaki gunung Himalayan.

Geographic Cone Snail

Cone Snail

Geographic cone snail merupakan salah satu spesis siput yang cantik, bercorak abstrak coklat-putih dan sangat berharga bagi para pengumpul siput.

Siput ini turut dikenali sebagai Anbonia kerana dijumpai di kawasan Indonesian Gulf of Anbonia.

Siput ini walaubagaimanapun bahaya untuk disentuh.

Haiwan ini membesar sehingga 15 cm dan mempunyai bisa yang sangat bertoksik yang boleh melumpuhkan mangsanya serta merta jika disengat.

Jika tidak, ikan-ikan yang disengat mungkin akan meninggalkan siput yang perlahan ini dan mati di tempat yang jauh.

Beberapa orang manusia juga telah dilaporkan maut akibat sengatan siput ini.

Malah, siput ini merupakan siput yang paling berbisa daripada 500 spesis siput kon yang lain.

Haiwan ini menyalurkan sengatnya melalui gigi yang berbentuk seperti harpoon yang dikeluarkan daripada proboscisnya yang fleksibel.

Satunya-satunya cara mengubatinya adalah dengan memastikan mangsa sedar sehingga sengat tersebut kurang berbisa dan hilang.

Sebabnya, masih tiada vaksin yang boleh mengubati sengatan siput ni.

Pufferfish

ikan buntal

Pufferfish atau ikan buntal menarik perhatian dengan mukanya yang comel dan sisik berwarna warni.

Mereka mampu menyedut udara yang banyak dan mengembungkan badan untuk menghalau musuh.

Walaupun mereka tidak berbahaya untuk disentuh, tetapi sangat beracun jika dimakan.

Kebanyakan ikan buntal mengandungi bahan berbahaya yang menyebabkan rasa yang teruk dan mampu membunuh ikan-ikan lain.

Selain ikan, manusia juga turut menjadi mangsa kepada ikan comel ini.

Seekor ikan buntal mempunyai racun yang mempu membunuh 30 orang dewasa dan tiada penawar bagi bisa ikan buntal.

Walaubagaimanpun, ikan buntal adalah makanan eksklusif di Jepun dan dikenali sebagai fugu, dan hanya boleh disediakan oleh chef fugu yang berlesen sahaja.

Tetapi, kes kematian yang kecil masih berlaku setiap tahun.

Golden Poison Dart Frog

Golden Poison Dart Frog

Amfibia kecil, cantik dan berwarna emas ini tinggal di hutan hujan tropika Colombia dan sangat bertoksik.

Katak yang hanya bersaiz 5 cm mempunyai racun pada kulitnya yang mampu membunuh 10 manusia dewasa.

Di Colombia, orang asli Embera menggunakan racun ini pada sumpit untuk berburu.

Hanya satu sentuhan atau sengatan akan menyebabkan kematian serta merta.

Warna pada katak ini dari kuning-oren-hijau cerah memberi amaran kepada pemangsanya mengenai tahap bahaya.

Terdapat lebih 100 spesis katak beracun ini tetapi katak beracun emas adalah antara yang terbesar.

Para saintis sedang giat memelihara katak ini dari kepupusan kerana racun katak ini berkemungkinan boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit pada masa hadapan.

Cape Buffalo

Cape Buffalo

Kerbau Cape adalah haiwan yang sangat menjaga wilayahnya dan menyimpan dendam kesumat jika anda mencederakannya atau ahli keluarganya yang lain.

Haiwan ini tinggal di Afrika dan telah membunuh lebih ramai pemburu berbanding haiwan lain di sana.

Menggunakan daya ingatan yang sangat hebat, kerbau ini boleh menyerang hendap para pemburu yang bersalah walaupun selepas bertahun-tahun lamanya.

Kajian oleh Dr. John Cande menunjukkan kekuatan kerbau Cape adalah 4 kali lebih dahsyat daripada seekor Ox.

Dengan erti kata lain, kerbau ini mampu menumbangkan kereta dan membunuh singa.

Terdapat kejadian dimana kerbau ini telah membalas dendam terhadap seekor singa yang telah menyerangnya dengan membunuh anak-anak singa tersebut.

Maka, janganlah cari pasal dengan kerbau ni ye.

Tsetse Fly

Tsetse Fly

Siapa sangka seekor lalat yang sangat kecil ini boleh mencederakan anda malah mampu menyebabkan kematian kan?

Ya, lalat tsetse adalah lalat yang anda perlu berjaga-jaga.

Haiwan yang menjengkelkan ini ditemui di Afrika dan gigitannya boleh menyebabkan penyakit tidur (African trypanosomiasis).

Antara simptom bagi penyakit ini adalah demam panas, kepenatan melampau, sakit urat dan sakit kepala.

Selepas itu sistem saraf tunjang akan dijangkiti sehingga menyebabkan gangguan tidur, sawan dan koma.

Tiada vaksin atau ubat yang dapat merawat penyakit African trypanosomiasis.

Kaedah yang terbaik untuk menghindari lalat ini adalah dengan tidak memakai pakaian yang berwarna cerah.

Pakailah pakaian berwarna neutral selain tidur di dalam kawasan berhawa dingin, terlindung dan menggunakan penghalau serangga.

Blue-Ringed Octopus

Blue-Ringed Octopus

Spesis sotong kurita yang cantik dan menakjubkan ini telah dinobatkan sebagai salah satu haiwan yang paling berbahaya di dalam laut.

Racun sotong kurita bercincin biru terdapat di dalam air liurnya dan serupa dengan racun di dalam ikan buntal.

Sotong kurita ini menghuni kawasan air Australia dan timur Indo-Pasifik selain di kawasan yang sering menjadi tumpuan para perenang.

Ini telah menyebabkan banyak kes sengatan terhadap manusia.

Sengatan tersebut adalah sangat halus dan ramai mangsa yang tidak menyedari perkara ini.

Tetapi kesan ini muncul selepas beberapa minit setelah mangsa rasa seperti dicucuk dengan jarum dan kebas.

Urat akan menjadi semakin lemah dan mangsa akan mengalami kesukaran bernafas.

Mangsa juga boleh mengalami gangguan penglihatan, sukar untuk bercakap, pening dan muntah.

Kadang kala kegagalan sistem pernafasan dan lumpuh boleh berlaku yang seterusnya menyebabkan kematian.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *