Close

Peti Ais Purba Berusia 2,000 Tahun!

gurun

 

Bayangkan kalau korang tinggal dekat kawasan gurun sahara, tanpa bekalan elektrik, tanpa kipas mahupun aircond.

Suhu panas mencecah 40 darjah selsius ditambah terik matahari yang membakar kulit.

Tiba-tiba dapat makan ais kepal.

ais kepal

Confirm bahagia.

Tapi mana nak dapat ais kat tengah-tengah gurun padang pasir?

Percaya atau tak, tamadun Parsi purba dah mencipta peti ais sejak 2,000 tahun lepas!

Peti Ais Purba

Yakhchāls a.k.a Peti ais purba. Merupakan sebuah bangunan menara yang berketinggian 18 meter (60 kaki). Ia boleh ditemui di Iran sehingga kini.

Yakhchāls 2

Yang menariknya, Yakhchāls pertama kali dibina sebelum Iran wujud lagi, iaitu sekitar 400 tahun sebelum masihi.

Struktur di dalam Yakhchāls berbentuk seperti sebuah gua bawah tanah yang besar.

Pintu masuknya disusuli dengan lingkaran tangga turun menuju bawah.

Dekat bahagian bawah tanah pulak, korang boleh nampak suasana seperti dalam bilik sejuk beku.

Tak kira sepanas manapun suhu di luar Yakhchāls, bila masuk dalam ni korang boleh nampak wap hembusan nafas sendiri ala-ala di Cameron Highlands.

Keupayaan untuk menghasilkan suhu yang sejuk dan menukar air kepada ais sangat membantu untuk menghadapi haba di musim panas.

Malahan kewujudan Yakhchāls ni banyak membantu pembentukan dan perkembangan budaya tamadun Parsi.

Tanpa Yakhchāls, mustahil untuk mereka menyimpan makanan tradisional parsi di musim panas, seperti daging kambing untuk membuat kebab.

Pencuci mulut parsi yang terkenal seperti faloodeh juga mungkin takkan wujud.

Tapi, macam mana ia berfungsi?

Mungkin agak logik untuk sesuatu yang seperti gua mempunyai suhu yang lebih sejuk berbanding di atas permukaan yang terkena sinaran matahari secara langsung.

Tapi, takda lah sampai boleh tukarkan air menjadi ais.

Jadi macam mana?

Rahsianya ialah musim sejuk.

Yakhchāls mampu menghasilkan suhu pada tahap sejuk beku disebabkan oleh ais yang telah dibuat semasa musim sejuk.

Yup, diorang ada musim sejuk.

musim sejuk di iran

Air dibawa masuk ke ruang bawah Yakhchāls melalui terusan bawah tanah yang dinamakan qanats.

Yakhchāls 1

Air tersebut akan dibiarkan bertakung dan membeku.

Kadang-kadang, mereka akan membawa ais dari gunung untuk mempercepatkan proses pembekuan air tersebut.

Proses ini akan dilakukan sepanjang musim sejuk, membolehkan mereka untuk menghasilkan simpanan ais yang cukup untuk menghadapi musim panas.

Tapi bila dah musim panas, tak cair ke ais tu?

Di sinilah bahagian Yakhchāls yang berada di atas permukaan tanah memainkan peranan.

Yakhchāls

Dibahagian atas bangunan berbentuk kon tersebut, terdapat struktur seperti serombong asap yang berfungsi sebagai laluan angin.

Manakala, dinding kon tersebut dibuat menggunakan bahan istimewa yang dinamakan sarooj.

Sarooj merupakan bahan kalis haba yang dibuat menggunakan campuran pasir, tanah liat, putih telur, kapur, bulu kambing dan abu.

Kemudian satu lagi dinding dibina mengelilinginya untuk mengelakkan pancaran terus cahaya matahari.

Demikian, dengan angin yang masuk disejukkan oleh ais yang berada di dalam Yakhchāls, di tambah dengan dinding kali haba, membolehkan ia mengekalkan suhu sejuk untuk sepanjang musim panas.

Bukan itu je, disebabkan suhu didalamnya kekal rendah, ais yang dihasilkan jugak makin banyak, walaupun suhu dekat luar semakin panas.

Korang masih lagi boleh jumpa Yakhchāls ni di kawasan Iran, Afghanistan dan Tajikistan.

Tapi kalau korang mintak penduduk tempatan tunjukkan Yakhchāls, berkemungkinan besar diorang akan bawak korang pergi masuk ke dapur diorang.

Sebabnya, nama Yakhchāls juga digunakan untuk ‘peti ais’ zaman sekarang.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *