Close

Tips Packing Barang Untuk Kaki Travel

Tip Bijak Menjimatkan Ruang Beg Untuk Kaki Travel.

tips packing bag untuk kaki travel

Sekarang ni dah jadi trend untuk anak muda pergi merantau ataupon melancong. Bagus.

Melancong ni umpama keluar daripada zon selesa.

Asyik duduk di tempat yang sama. Mesti korang pon bosan kan ?

So, ada baiknya kita spend duit sikit nak pergi makan angin.

Tapi masalahnya ramai yang tak tahu macam mana nak packing barang.

Barang banyak nak bawak ni, tapi beg penuh pula. Tak tahu nak sumbat mana dah barang-barang lain ni.

Haaa… Jadi kami nak kongsi rahsia nak jimat space beg korang. Supaya korang dapat memaksimakan ruang beg korang tu !

Pilih saiz beg yang bersesuaian.

pilih saiz beg

Pemilihan beg ni lah benda pertama korang kena fikir dulu.

Beg yang terlalu besar nak pergi sehari dua sangatla tak sesuai.

Tambah pula korang punya hotel jauh, nak berjalan heret beg tu. Letih mak aiiii..

Bukan tu je, beg yang besar mungkin mahal dan terlebih muatan waktu korang check-in flight nanti.

Pernah juga terjadi time saya nak balik Universiti kat Sarawak. Beg terlebih muatan dan dikenakan caj RM100+.

Apa lagi, saya pass-kan saja beg tu pada mak ayah saya (mujur dorang tak balik lagi waktu tu.).

Jadi jangan tamak ! Pilihlah beg yang bersesuaian.

Pakaian yang tak mudah kedut.

 pakaian tak mudah kedut

Pilih pakaian yang tak mudah kedut dan sesuai untuk di match-kan baju dan seluar.

Kebiasaanya, warna hitam adalah pilihan pertama tidak kira lelaki atau perempuan.

Jadi sediakan sehelai atau dua pakai berwarna hitam.

Selain itu, korang boleh try warna khakis.

Percayalah, warna khakis memberi sentuhan kelembutan yang lain dan sesuai dipakai pelbagai gender.

Untuk mengelakkan baju korang berkedut (khusus yang neat freak), korang boleh gulung baju elok-elok instead of melipat baju tu.

Dan untungnya bila korang gulung baju ni, korang akan jimat space yang banyak dalam beg korang.

Tak percaya ? Boleh cuba buat sekarang.

Sediakan toiletries bag.

 toiletries

Beg khas untuk toiletries ni sangat penting.

Mungkin juga tempat korang pergi tu tak sediakan kelengkapan.

Korang pula jenis tak boleh tak mandi pakai sabun korang, tak pakai syampu korang kan?

Jadi sediakan satu beg khas.

So apa yang korang kena isi dalam beg tu ?

Ingat, jangan sumbat semua benda.

Tak semua benda korang perlukan.

Bawa yang penting sahaja dan dengan kuantiti yang sedikit dan kecil.

Saya syorkan barang yang perlu ada dalam beg toiletry: Pencukur, Ketip kuku, Syampu, Sabun dan ubat gigi packaging kecil, Sikat dan Losyen (optional).

Letakkan kasut korang dalam beg plastik ataupon shower cap.

simpan kasut dalam plastik

Kebiasaanya orang perempuan pergi berjalan mesti bawa kasut lebih daripada 1 kan ?

Kasut nak mandi laut lain, kasut nak pergi shopping lain, kasut nak pergi pasar.

Punyala banyak kasutnya.

Tapi mana nak letak kasut-kasut tu ?

Nak sumbat je dalam beg, kotor pula baju-baju dalam tu.

Haaa sekarang tak perlu risau dah.

Korang boleh letak kasut korang dalam plastik ataupon shower cap. Mudah kan?

Sumbat sekali ‘neck pillow’

neckpillow

Atau bantal kecil yang korang ada.

Mungkin nampak leceh tapi percayala bila korang  travel tidur yang berkualiti adalah sangat penting.

So, bawalah bantal kecil senang nak tidur atas flight ke atau tepi jalan (in case tak sempat book hotel dan semua hotel penuh)

Energy bar dan sebotol air.

energy bar

Energy bar dan sebotol air mungkin dapat menyelamatkan korang ketika kecemasan.

In case korang terdampar dan sesat tetapi tidak ada satu sen pon ditangan.

Ataupon kehilangan dompet, kehabisan duit sebab asyik berbelanja sakan dan sebab-sebab lain yang korang tak kan jangka.

Jadi sediakan payung sebelum hujan.

Beg kecil untuk ubat-ubatan.

 beg ubat

Kos rawatan di luar negara kebiasaanya sangat mahal.

Jadi sangatlah perlu untuk sediakan beg kecil untuk ubat.

Ubat yang boleh dimasukkan : Panadol, eno, ubat selsema, ubat sakit perut dan healer (untuk pesakit asma).

Untuk yang mempunyai penyakit serious, perlu refer doktor korang dulu ya.

Minta nasihat dan ubat yang disyorkan untuk dibawa bersama.

Akhir sekali,

Tagging beg.

tagging beg

Tag atau label beg dengan maklumat peribadi korang seperti nama dan nombor telefon.  

Ini memudahkan kalau ada kecemasan berlaku seperti kehilangan beg, kecurian, kematian dan sebagainya.

Okay, tu je.

Korang dah tahu macam mana nak jimatkan space korang kan? Selamat mencuba.

Kalau korang ada tips lain yang nak dikongsikan, boleh komen dekat bawah ni!

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *